Sunday, 29 March 2020





E FOLIO

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
MPU23042

SEMESTER 2 / SESI DISEMBER 2020





CABARAN – CABARAN DALAM MEMBANGUNKAN MASYARAKAT MALAYSIA BAGI ASPEK PENDIDIKAN




NAMA DAN NOMBOR MATRIK AHLI KUMPULAN

1. EVA CALISTA KUANTIM – 01DKA19F1041
2. RINAH SRII A/P SUNTHA RASON – 01DKA19F1045
3. DAMIAN LIM JIM FONG – 01DKA19F1030
4. SHARMILA DEVI A/P SARAVANAN – 01DSB19F1029


Salam sejahtera semua. Kami merupakan pelajar yang menuntut di Politeknik Ungku Omar. Blog ini kami mendirikan untuk membuat satu pengenalan tentang cabaran – cabaran dalam membangunkan masyarakat malaysia bagi aspek pendidikan. Kami menjalankan tugas di bawah kursus kod MPU23042 , Nilai Masyarakat Malaysia.

“Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup untuk mendapatkannya.”
-Albert Einstein




PENGENALAN
     
Pembangunan masyarakat merupakan agenda yang penting dalam pembangunan negara. Penekanan dan perhatian yang serius terhadap pembangunan masyarakat amat penting kerana masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama mampu membangunkan negara. Namun, pelbagai masalah yang wujud dalam kalangan masyarakat akan menjadi cabaran kepada kerajaan dan pihak-pihak berkaitan dalam usaha untuk membangunkan negara ke arah sesebuah negara maju.

Pada era globalisasi ini, pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana uasaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahun akan datang. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kauliti yang tingggi dan cemerlang.

Takrifan pendidikan juga amat penting supaya kita dapat memahami dengan lebih lanjut serta mendalam dengan tajuk yang ingin diselami. Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia.





FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT BELAJAR
Minat seseorang tidak timbul secara tiba-tiba. Minat tersebut ada karena pengaruh dari dua faktor, yaitu faktor internal dan eksternal.

1. Faktor Internal
Faktor internal adalah sesuatu yang membuat pelajar berminat, yang berasal dari dalam diri sendiri.
Faktor internal tersebut antara lain: pemusatan perhatian, keingintahuan, motivasi, dan keperluan.

Perhatian sangatlah penting dalam mengikuti kegiatan dengan baik, dan hal ini akan berpengaruh pula terhadap minat belajar pelajar. Perhatian dalam belajar iaitu pemusatan atau konsentrasi dari seluruh aktiviti seseorang yang ditujukan kepada sesuatu atau sekumpulan objek belajar. Orang menaruh minat pada suatu aktiviti akan memberikan perhatian yang besar, tidak segan mengorbankan waktu dan tenaga demi aktiviti tersebut.

Keingintahuan adalah perasaan atau sikap yang kuat untuk mengetahui sesuatu dorongan kuat untuk mengetahui lebih banyak tentang sesuatu. Suatu perasaan yang muncul dalam diri seseorang yang mendorong orang tersebut ingin mengetahui sesuatu.
Motivasi adalah perubahan tenaga dalam diri seseorang dengan timbulnya perasaan dan reaksi untuk mencapai tujuan. Motivasi akan menyebabkan terjadinya suatu perubahan tenaga yang ada pada diri manusia, sehingga akan menimbulkan persoalan gejala kejiwaan, perasaan dan juga emosi, untuk melakukan sesuatu.

Keperluan (motif) iaitu keadaan dalam diri seorang pelajar yang mendorongnya untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu untuk mencapai suatu tujuan. Keperluan ini hanya dapat dirasakan sendiri oleh seorang individu tersebut.

Seseorang tersebut melakukan aktiviti belajar kerana ada yang mendorongnya. Dalam hal ini motivasi sebagai dasar penggeraknya yang mendorong seseorang untuk belajar. Dan minat merupakan potensi psikologi yang dapat dimanfaatkan untuk menggali motivasi bila seseorang sudah termotivasi untuk belajar, maka akan melakukan aktiviti pembelajaran dalam kekangan waktu tertentu.

2. Faktor Eksternal yang mempengaruhi minat belajar
Faktor eksternal adalah sesuatu yang membuat siswa berminat yang datangnya dari luar diri.
Misalnya , dorongan dari ibubapa , dorongan dari guru, atau keadaan sekeliling.



KEPENTINGAN – KEPENTINGAN  PENDIDIKAN

Melahirkan Pemimpin Yang Cemerlang
Pendidikan kepada rakyat membolehkan negara memiliki pemimpin pelapis yang lebih hebat dan cemerlang. Sesungguhnya negara kita amat memerlukan pemimpin-pemimpin yang berilmu pengetahuan dan berwawasan jauh dalam memajukan negara. Hal ini kerana, rakyat Malaysia yang berbilang kaum amat memerlukan pemimpin yang bijak serta dapat diterima oleh semua kaum. Pemimpin yang berilmu pengetahuan ini akan membuat pertimbangan yang lebih rasional dalam melaksanakan sesuatu program yang dirancang. Selain itu, rakyat yang berpengetahuan juga dapat memberikan idea kepada pemimpin negara dalam usaha membangun dan memajukan negara.

Menaikkan Imej  Negara
Langkah kerajaan menghantar seorang angkasawan negara ke angkasa lepas telah memberikan imej positif tentang taraf pendidikan rakyat Malaysia. Kini terdapat juga rakyat Malaysia yang ditawarkan pekerjaan di luar negara kerana memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Justeru, negara luar memandang tinggi rakyat Malaysia yang berkemahiran dan berpendidikan bekerja di negara mereka. Selain itu, pelabur asing pula melabur di negara kita kerana mereka memandang tinggi taraf pendidikan rakyat di negara kita.

Meningkatkan Mutu Pendidikan Negara
Kepentingan pendidikan kepada rakyat yang seterusnya ialah dapat meninggikan lagi mutu pendidikan negara. Jika ramai rakyat yang berilmu pengetahuan, maka sudah tentulah sebahagian daripada mereka akan menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi. Golongan pendidik ini pasti dapat membimbing generasi muda untuk menjadi rakyat yang berpengetahuan dan berkemahiran. Oleh itu, mutu pendidikan negara akan terus berkembang dan meningkat.

Dapat Memajukan Negara
Sejarah telah membuktikan bahawa negara-negara yang maju memiliki rakyat yang berlimu pengetahuan. Contohnya, negara Jepun, Korea Selatan serta Amerika Syarikat. Rakyat yang berilmu pengetahuan ini dapat mencipta benda-benda baru untuk membangunkan negara. Oleh itu, dengan adanya rakyat yang berilmu pengetahuan, maka Malaysia juga pasti menjadi negara maju pada suatu hari nanti.

Melahirkan Rakyat Yang Berilmu Pengetahuan
Dengan wujudnya rakyat yang berilmu, maka kehidupan rakyat akan menjadi lebih baik. Hal ini kerana mereka yang berpendidikan akan mendapat pekerjaan yang baik dengan gaji yang lumayan. Dengan pendapatan yang lumayan, maka rakyat dapat membeli keperluan asas yang lebih baik dan kehidupan mereka akan lebih bahagia. Rakyat yang berilmu pengetahuan juga dapat menjadi pemangkin ke arah pembangunan negara.



CABARAN-CABARAN PENDIDIK

Ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:
  • kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)
  • kekuatan minda (krestif dan proaktif)
  • nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)
  • semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan
  • ketrampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:
  • menguasai subjek (kandungan kurikulum) 
  • mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran) 
  • memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka 
  • memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
  • memiliki kemahiran kaunseling 
  • menggunakan teknologi terkini
  • dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir 
  • boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, 
  • memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.



CABARAN - CABARAN YANG WUJUD DALAM KALANGAN MASYARAKAT DALAM ASPEK PENDIDIKAN

Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum
Anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan.

Pembelajaran berterusan
Mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini.

Perkembangan profesionalisme guru.
Usaha yang dilihat menerusi cabaran dalam perkembangan profesionalisme pendidik ialah dapat meningkatkan kualiti pendidik sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal , meluaskan pengetahuan pendidik bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan pendidik meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, latihan dari segi pendidikan dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.

Pempentukkan jati diri
Dalam kalangan anak-anak remaja mudah terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar.

Penguasaan Bahasa English atau Bahasa antarabangsa
Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa yang mudah diperoleh menerusi kecanggihan teknologi maklumat menghasilkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu. Ini kerana, kebanyakan bahan penyelidikan dan sumber lain maklumat menggunakan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa. Ini secara langsung, menjadi kelaziman individu menjadikan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu utama

Pengurusan pendidikan.
Pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran.
Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System) bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan.
  • Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.
  • Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
  • Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
  • Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
  • Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan  data seperti laporan kehadiran pelajar.
  • Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.
  • Penempatan pelajar dalam kelas.
  • Membuat agihan jadual waktu mengajar.
  • Pembinaan jadual waktu .

Masalah kewangan
Krisis kewangan timbul apabila negara membangun menimbulkan masalah membiayai perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah penyediaan kemudahan pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan untuk semua, bantuan pendidikan buku teks, menyediakan sekolah dengan infrastruktur lengkap, pendidikan literasi komputer dan sebagainya.

Program twinning
program twinning iaitu program kembar pendidikan diperluaskan melibatkan institusi pendidikan membangun dengan negara maju.  Apa yang pasti, program seperti ada kepentingan kerana pengetahuan dan kemahiran tertentu dipindahkan kepada tenaga pengajar di negara ini seperti latihan kepakaran dalam bidang perubatan, biodiversiti dan kejuruteraan.

Isu brain-drain
Persaingan untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu bidang dan kemahiran tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang setaraf dengan pendidik di negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk perubahan dan kemajuan yang penting dalam era globalisasi.

Intelektualisme
Dalam profesion keguruan, nilai intelektual perlu dipertahankan dan sentiasa dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan agen dalam membentuk modal insan yang berkualiti. Ini bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin masyarakat kea rah perubahan dan kemajuan.

Jurang pendidikan
Krisis pendidikan global seperti jurang pendidikan juga menimbulkan kebimbangan. Ini kerana pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan di negara membangun dan persaingan global meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang mana ianya menyulitkan untuk usaha ke arah merapatkan lagi jurang pendidikan.





LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI

Penambahan kemudahan alat pembelajaran
Kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan terus bertambah bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa sempadan, kita seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya kita semua tidak ketinggalan. Maka, kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita sebagai alat bantu mengajar yang boleh dipercayai. Kepesatan arus globalisasi ini juga akan membuatkan pemikiran anak-anak generasi kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dengan bantuan pelbagai kemudahan yang di sediakan.

Peningkatan prestasi
Peningkatan prestasi pencapaian sekolah kebangsaan perlu dilakukan supaya menjadi sekolah pilihanrakyat. Sekolah merupakan tapak semaian penting bagi memupuk perpaduan negara dan menyemai semangat integrasi nasional. Pelbagai langkah perlu diambil ke arah memperkasakan sekolah kebangsaan supaya ianya menjadi sekolah pilihan semua kaum. Kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah kebangsaan juga perlu ditingkatkan. Kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah juga perlu dikaji semula untuk memastikan ia menyediakan asas kukuh dan bersesuaian dengan kehendak semasa. Peluang pendidikan bagi kanak-kanak istimewa dan yang mengalami masalah pembelajaran juga perlu ditingkatkan.

Mempertingkat kualiti pendidikan
Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan institusi tertiari memenuhi kehendak majikan. Langkah untuk mempertingkat kualiti pendidikan tertiari akan terus dilaksanakan. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu diberi tanda aras mengikut piawaian antarabangsa. Bagi memperkukuh keupayaan penyelidikan di universiti tempatan, jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa dan juga swasta perlu dilaksanakan. Institusi pengajian tertiari juga hendaklah meneliti kursus-kursus yang ditawarkan sejajar dengan keperluan semasa.

Penambahan tempat kemahiran
Mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan kemahiran, latihan dan pembelajaran kepada tenaga buruh pada setiap peringkat dan umur termasuk kemahiran penggunaan ICT, misi ini boleh dicapai. Keupayaan dan keberkesanan sesuatu latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran perlu ditingkatkan dengan membanyakkan institusi latihan awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, serta menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal. Pengambilan pelatih teknikal juga perlu ditambah lagi agar misi ini dapat direalisasikan.

Rangkaian pendidikan yang lengkap.
Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Trenda semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.

Membekalkan kemahiran interaksi asas
Sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang sama. Dengan itu, pelajar mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu.



KESIMPULAN
Pendidikan merupakan salah satu aspek yang penting untuk membangun masyarakat yang maju dan kreatif dalam sesebuah negara. Tahap kesedaran yang tinggi mengenai pentingnya Pendidikan ini patut dipupuk dalam jiwa masyarakat.

Cabaran- cabaran yang dihadapi dalam membangunkan masyarakat ini perlu ditangani dengan bijak dan semua pihak mestilah memainkan peranan masing-masing. Agama menjadi panduan hidup yang membantu dalam usaha untuk membangunkan masyarakat dan negara.

Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari implikasi globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Golongan muda seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan palsu.

E FOLIO NILAI MASYARAKAT MALAYSIA MPU23042 SEMESTER 2 / SESI DISEMBER 2020 CABARAN – CABARAN...